Monday 3 August 2015

Derma

Assalamualaikum.

Entah tak tau perlu mula daripada mana. Derma? Aku tidak percaya. Lama sungguh masa yang diambil untuk membuat pengakuan bahawa itu hanya sekadar derma. Zzzz

Memandangkan ramai yang sudah mempertikai status kewangan tersebut, apa kata dibahagi sahaja sama rata kepada rakyat yang susah susah ini. Bukan kepada golongan seperti aku pun tidak apa. Beri kepada yang jauh lebih susah, belikan kenderaan untuk setiap rumah yang berkeperluan, taja keperluan hidup seharian mereka sehingga 10tahun akan datang.

Percayalah! Duit tu takkan luak. Lagipun kita sudah merasa nikmatnya menerima derma, apakata kita kongsi nikmat tersebut dengan yang lain. Boleh juga bersihkan harta. Sekaligus dosa. Tak gitu Atuk??

Monday 13 July 2015

KISAH SEMALAM

Assalamualaikum.

Tahu lah kan sekarang ini tak berhenti hujan. Setiap hari pergi kerja mesti berdebar debar sebab kena redah highway (10minit je~??) dan jalan kampung yang agak bersimpang siur DALAM keadaan HUJAN LEBAT. Standard perjalanan makan masa dalam 45-50 minit tapi sebab hujan lebat, satu jam jugak untuk sampai Klinik. Fuh! Bila sampai je Klinik, memang bersyukur tidak terkira. 

Semalam, disebabkan hujan terlalu lebat, aku tidak parking bawah bumbung tempat selalu. Aku parking dekat dengan pintu masuk, sebab tak ada payung :P

Dalam pukul 10 lebih tiba tiba datang MA tanya, siapa punya kereta merah depan klinik. Dan dia beritahu tayar kereta PANCIT! Ternyata itu adalah kereta aku T.T

Hm aku pernah belajar cara tukar tayar tapi ingat ingat lupa. Aku pernah pecah satu tayar tahun lepas kereta yang sama (Seddey!) tengok luar hujan memang sekejap lebat sekejap berhenti. Kurang yakin jadi aku ajak pembantu aku Hazli. Nasib kami satu kepala dia tolong sambil ajar aku tukar tayar macam mana. Aktiviti kami ditambah perisa oleh MA Faizal, Abg Shaiful, dan Kak Leha. Kecoh tak kira haha

Tak sempat nak putar skru tayar tiba tiba hujan lebat mencurah curah. Kelam kabut aku dengan Hazli simpan tayar spare semula dalam bonet, lari masuk Klinik. Jet masih bawah kereta ok haha.

Aku memang berdebar debar sudahla perjalanan jauh, jalan pula penuh ranjau, macam mana aku nak balik dengan selamat? Sudahlah first week puasa adik aku accident sebab tayar kereta pecah, remuk juga depan Myvi dia tu. Scary!

Tapi biasalah aku ni spesis acah acah tenang. Dalam kepala cuba cari solusi. Aku tanya Hazli apa nak buat lepas tu? Hazli pun bagi nasihat terbaik. Biasalah hal hal macam ni lelaki lagi expert kena minta pandangan dorang.

Agak agak hujan dah seriyat, aku ajak Hazli selesaikan saja aktiviti kami. "Nasib baik ada orang tolong, kalau tak," tegur seorang makcik dari jauh sambil,tersenyum, rupanya pesakit Klinik kami. Aku kembali senyum dan membalas, "Itulah kalau tak saya pun tak tahu nak buat apa." Makcik kemudian menunjuk ke langit mengingatkan saya hujan mahu turun lagi. Aku hanya mengangguk dan senyum.

Lantas dengan kadar paling cepat, aku dan Hazli bekerjasama dengan padu menyiapkan pemasangan tayar spare. haha. Aku tolong letak tayar dan putar skru, Hazli simpan tayar dalam bonet. Hazli takeover ketatkan skru tayar, aku cuba membantu dengan menjet turun kereta. Tiba tiba kereta bergerak ke hadapan. Hazli terkejut hampir menjerit kat aku, "Hang buat apa weh bagila aku putaq skru perabeh dulu baru jet turun," Heheheh aku hanya sengih sumbing ganas jugak aku jet kereta, sampai terbalik jet. Kalut punya pasal, makcik tadi lah ni tunjuk tunjuk langit. Salahkan makcik pula. lol

Kemudian Hazli sengih,"Takpalah. Cepat sikit siap. Kereta dah turun. Aku pun dah habeh." Haha Tak sia sia aku kasi jatuh jet tuh. Kemudian simpan peralatan bruuuhhh hujan turun. Selamat~

Aku ajak member sorang ni teman pergi kedai tayar yang direkemenkan oleh Kak Mah. Aku bukan orang situ tak tahu kedai mana ok, nak nak kedai tayar. Zzz. Tayar aku kena skru Bos kedai tayar kasi letak itu "cacing" kena RM5, harga standard dan boleh tahan lama seperti yang diceritakan Hazli. Akhirnya selesai juga masalah hari ini. Boleh lah aku pulang rumah dengan lebih yakin petang nanti.

Usai waktu rehat aku mula bekerja seperti biasa. Langsung tidak nampak kelibat Hazli. Aku fikir dia pergi berborak dengan MA sebab tiada pesakit. Kami klinik kampung memang sangat sikit atau tiada pesakit terutama hari hujan.

Dalam pukul 3pm aku terima parcel ubat dari Kulim. Ada satu ubat tuh macam terlalu banyak aku mahu confirmkan semula dengan Hazli jumlah sebenar. Aku pun pusing satu Farmasi cari beliau.

Sekali masih tidur daa di stor! Takpernah pernah! Penat gamaknya, tapi ada aku kisah,"Hazli bangun! Dah nak balik! Dah pukul 5 ni bangun!! Semua orang dah balik!!" Kuat gila aku jerit sampai kelam kabut dia terjaga terus tengok jam. Aku terus berlalu sambung buat kerja sementara tunggu dia solat dan kembali bekerja. haha.

What a day! Oh ya hari yang sama aku dapat sekeping kad raya dari member di Pahang. Siap ada duit raya bak hang 5 dwet (5sen) hahah terus ku whatsapp beliau, "Kedekut piang!"

:P

Sunday 12 July 2015

HANDPHONE DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum.

Hehe so funny tengok screenshot kes doktor kena serang dengan pesakit. Common case lah tapi doktor ni memang terbaik cool saja dia balas xP

Kembali kepada tajuk, selalunya kakitangan kerajaan yang kena maki hamun ni. Terutama apabila rakyat jelata nampak kita pegang fon.

Aku juga seorang kakitangan kerajaan dan berada dalam bidang kesihatan. Seperti seorang doktor, kerja aku sentiasa memerlukan rujukan untuk maklumat terkini berkaitan ubat ubatan.

Sebagai contoh dos ubat, availability ubat, kiraan menggunakan kakulator, banyak soalan daripada HO, pakar yang perlukan valid reference, kena cari journal dan pelbagai lagi. Komunikasi dengan bos pun melalui whatsapp. Email juga perlu diperiksa sepanjang waktu bekerja untuk pekeliling dan maklumat baru daripada bos. Jadi fon tu memang kena sentiasa ada di tangan.

Justeru, bagi masyarakat umum di luar sana, jangan lah pandang slek sangat jikalau kami asyik menghadap handphone. Mungkin ada segelintir yang menyalahgunakan telefon bimbit mereka tapi bagi kerjaya seperti aku, telefon bimbit adalah akses rujukan paling mudah dan penting. Kalau tiada memang masalah! xP

Ketahuilah sesungguhnya fungsi android bukan sekadar bermain COC mahupun Candy crush. Malah lebih daripada itu. huhu. 

Saturday 11 July 2015

SUBJEK COURSE KERJAYA DI SEKOLAH?

Assalamualaikum.

Pernah tak korang masa ambil SPM, tertanya tanya ke mana arah korang selepas ini? Kemudian masa isi UPU, korang jadi blur tak tahu nak isi apa? Course apa yang perlu aku sambung diploma atau degree aku? Course apa yang punya prospek pekerjaan yang luas dan permintaan tinggi zaman ini?? Atau korang main isi dan submit sahaja?

Aku sangat beruntung punya ibu bapa yang sangat ambil berat tentang hal ni. Setiap kali kami isi borang UPU, abah mesti akan review dulu setiap course yang kami pohon sebelum memberi keizinan untuk submit. Namun ada segelintir ibu bapa yang tidak berpeluang terdedah dengan perkara ini lalu anak anak yang juga tidak begitu mengerti tentang ini memilih tanpa arah tujuan. Akhirnya berlakulah kes tukar course berkali kali kerana tidak sesuai, berhenti di tengah jalan bla2 akhirnya membazir masa dan wang ringgit begitu sahaja.

Aku sudah berhadapan dengan banyak kes begini tak kira kawan kawan mahupun keluarga. Belanja satu kisah, seorang kawan aku yang sangat bijak di sekolah. Namun apabila perlu memilih kursus UPU, dia tersalah pilih kerana tidak tahu dan menganggur untuk sekian lama. Dia beritahu sewaktu memilih, banyak lagi course lain yang memungkinkan dia sudah bekerjaya pada hari ini. Namun kerana tidak tahu, dia tersalah pilih lalu terpaksa menganggur bertahun tahun.

Ya benar. Mungkin rezekinya begitu. Masih aku rasa perkara ini boleh diatasi jika setiap ibu bapa memantau dan mengambil tahu course yang sesuai untuk anak anak. Tapi tak semua ibu bapa berpeluang mengetahui tentang semua ini. Kekangan penyampaian maklumat kepada ibu bapa juga boleh menjadi faktor ibu bapa tidak mampu guide anak anak memilih course yang sesuai.

Jadi aku tertanya tanya, tidak bolehkah kita wujudkan satu lagi SUBJEK di sekolah tentang COURSE DAN KERJAYA?? Banyak sebenarnya kerjaya di luar sana yang kita tidak tahu kecuali kita betul betul cari gali. Jika disoal di sekolah mahu jadi apa, hanya doktor peguam jurutera arkitek yang menjadi jawapan. Pernah dengar mereka yang menjawab penganalisis kewangan, chef, pegawai farmasi, bomba, pengusaha hotel dsbgnya?

Mungkin dalam subjek itu boleh dedahkan sedikit sebanyak kursus yang ada ditawarkan di mana mana universiti dan prospek kerjayanya bagaimana. Juga boleh diselitkan cara mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari pelbagai sumber di luar sana. Supaya anak anak ini tidak tersalah pilih lagi.

Selain itu, mereka sekurang kurangnya sudah nampak hala tuju sebelum mengisi borang UPU. Jika subjek itu bermula pada tingkatan 3 sehingga tingkatan 5, maksudnya anak anak mempunyai 3 tahun tempoh "menyiasat" dan berfikir semasak masaknya tentang kerjaya yang ingin diceburi sebelum membuat keputusan terbaik!

Apapun aku harap adik adik di luar sana yang menjejakkan kaki ke sekolah menengah sudah mula mencari minat dan kelebihan diri. Supaya korang tahu bidang apakah yang boleh korang sumbangkan kepakaran demi kebaikan masyarakat negara dan agama.

Monday 6 July 2015

5 SEBAB KAHWIN MUDA

Assalamualaikum.

5 SEBAB je yang aku boleh fikir pun untuk seorang lelaki atau perempuan itu berkahwin muda.

1) CUN / HANDSOME
Majoriti yang kahwin awal ni tidak lain tidak bukan sebab mereka ni semua sangat cantik dan kacak. Malas terang panjang panjang. (nanti emo) Tak percaya korang throwback semula member korang yang terawal kahwin. Ada tak ciri ciri ni? :D


2) KELUARGA ISLAMIK 
Kalau kata pasangan itu tiada ciri yang pertama, mungkin mereka ada ciri kedua ini. Kalau ada kedua dua ciri lagi mantap. Terbaik! Keluarga yang Islamik sememangnya menggalakkn perkahwinan awal untuk mengelakkan maksiat. Membina masjid juga merupakan sunnah dan perlu disegerakan jika tiada sebarang masalah di kedua belah pihak, selain menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab.

3) MENGGATAL
Ada juga yang berkahwin awal sebab menggatal. Atas dasar nafsu. Selalunya ikatan perkahwinan di kalangan anak anak muda yang begini tidak berkekalan. Ini kerana, mereka tidak punya persediaan dari segi mental terutamanya dari segi selain seks. Maksudnya tanggungjawab sebagai suami dan isteri lah. Mereka tidak bersedia bahawa apabila berkahwin si isteri perlu memasak membasuh baju mengemas rumah dsbgnya selain bekerja membantu suami. Suami pula perlu bekerja keras untuk membawa pulang rezeki kepada keluarga dan tidak boleh sewenang wenangnya membelanjakan duit untuk diri sendiri sahaja. Apabila sudah ada anak pula mereka tidak tahu bahawa sukar untuk mendapat tidur yang cukup dan akan sentiasa stres jika tidak dapat menguruskan keperluan anak rumah dan suami/isteri dengan teratur. Mereka juga tidak bersedia bahawa mereka berkahwin bukan sahaja dengan pasangan malah keluarga pasangan juga.  Sememangnya mereka berkahwin atas dasar sayang menyayangi, tetapi malangnya masih tidak bersedia untuk berkorban. Golongan sebegini belum mencapai usia matang dan masih mahu bersuka ria di luar. Panjang gila rajin betul korang yang baca neh. kahkah. k next!

4) KELUARGA SENANG
Selalunya jika seorang anak itu tidak berkahwin awal, boleh jadi kerana mahu membela nasib ibu bapa dan keluarganya yang susah terlebih dahulu. Dia merasakan perlu untuk membalas jasa ibu bapa dan membenarkan adik beradiknya berada di fasa yang lebih mudah dalam hidup sebelum mengambil keputusan berkahwin. Berkahwin dengan orang sebegini ada untungnya kerana mereka lebih matang dan sangat bertanggungjawab selain penyayang. Jikalau datang dari keluarga senang, tiada halangan untuk berkahwin awal kerana nasib ibu bapa dan adik beradik lain masih terbela walaupun komitmen sudah terbahagi kepada keluarga baru, tidak lagi 100% seperti sebelum berkahwin.

5) JODOH
Jodoh itu di tangan Tuhan. Jodoh mereka berkahwin awal dan itulah yang terjadi. Huhuhu

Ramai tanya Haikal tentang target umur paling tua untuk berkahwin. Haikal jawab mana boleh target. Kalau target 30 nanti yang hantar rombongan masa umur 35 nak tolak ke? Haha Lagipun sebelum ni dah bertarget tapi tak capai pun T.T Semuanya perancangan Tuhan. Doakan sahaja yang terbaik. Boleh??! #ehmarahpulak

kbai.


Sunday 5 July 2015

Gila VAPE!

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah tak main la shisha. Shisha old school. Shisha dah HARAM! haha Now trending, VAPE!!

Aku dah cari di Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-fatwa), tidak ada apa apa kenyataan lagi berhubung hukum penggunaan VAPE. Yang pasti rokok dan shisha memang terang terang difatwakan HARAM. Boleh rujuk gambar.

Cuma berdasarkan pengetahuan dan bacaan, aku rasa lebih baik kita JAUHI VAPE. Banyak lagi benda yang boleh dibuat untuk nampak cool. Terutama untuk kaum perempuan, tambah yang bertudung tuh, SANGAT TAK COOL beb! Serius sangat tak cool.

Satu je nak bagitahu, korang yang tak pernah merokok, suci murni, kalau perkena VAPE yang ada nikotin (majoriti ada nikotin), walaupun pada kuantiti yang rendah, anda berkemungkinan untuk ketagih ok. Jangan ingat lepas hisap korang ok. Sebab nikotin itu sendiri sifat dia memang membuatkan orang ketagih. Dependance. Ala macam kafein dalam kopi. Boleh buat ramai ketagih cari kopi hari hari.

Kalau untuk perokok pula, lambat sikit untuk ketagih sebab dia dah biasa kena nikotin yang lebih tinggi ada dalam rokok. Kalaupun dia tak dapat VAPE, dia dah ada rokok beb. Korang yang suci murni tuh, takkan nak cari rokok juga. Sebab tuh ramai ahli kesihatan yang risau bertambahnya bilangan perokok secara tidak langsung melalui VAPING neh.

Ada yang kata VAPING membantu seseorang berhenti merokok. Bagi aku nak berhenti merokok BUKAN MUDAH. Terutama yang TEGAR. Rata rata perokok tidak tahu tentang withdrawal effect iaitu kesan apabila setelah lama merokok tiba tiba berhenti. Badan tidak boleh menyesuaikan dengan keadaan diri kita yang tiba tiba tidak merokok. Contoh withdrawal effect merokok seperti hilang tumpuan, rasa gelisah, rasa nak marah sahaja, depres, pergerakan jantung yang tak sempurna dan banyak lagi. Sebab itu berhenti merokok perlukan pemantauan orang yang arif. Mereka ada cara untuk perokok berhenti dengan meminimumkan withdrawal effect ni, supaya badan sedikit demi sedikit boleh menerima perubahan tanpa rokok. 

Daripada membuang masa dan duit tanpa mengetahui kayu ukur keberkesanan VAPE dalam berhenti merokok, apa kata korang walk in dan daftar di Klinik Berhenti Merokok bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ditambah dengan pengawasan profesional, doktor dan pegawai farmasi. InsyaAllah boleh 100% berhenti. Janji jangan ngelat dan komited.


Selebihnya aku nak kongsikan bahan bacaan aku tentang rokok elektronik aka VAPE ni. Sumber sangat boleh dipercayai. Jadi fikirlah sendiri untuk kebaikan anda dan ahli keluarga. Ambil langkah bijak. :) 


Wednesday 1 July 2015

Melayu Kaki Lepak Warung

Asslamualaikum.

Haa budak Alvin Tan ni memang selalu bikin panas. Tapi dalam statement dia kat bawah ni aku surrender lah =.='

Mohon Melayu hadap, kunyah, dan telan benda ini. Memang mungkin bangsa mereka ada unsur lain seperti menipu, memanipulasi, putar belit, judi dan sebagainya untuk kaya tapi fakta Melayu pemalas itu tetap kena terima. Pemalas itu hakikat yang buat Melayu tidak kaya. Bukan kemaruk sangat untuk jadi kaya tetapi sebab banyak sangat bunyik tentang masalah kewangan terutamanya zaman kenaikan harga sekarang ini. Hairannya masih ada lagi yang mahu buang masa, peluang dan duit di warung. Hm.

Orang muda yang suka lepak warung hari hari teramatlah rugi dari segi masa dan tenaga yang boleh dikerah untuk mendapatkan kehidupan yang senang dan hari tua yang selesa. Orang tua yang lepak warung hari hari pula adalah tidak lain tabiat yang dibawa daripada usia mudanya. Rugi sekali kerana waktu senja sebegitu harusnya lebih banyak melepak di majlis majlis ilmu. Jikalau hari mudanya rajin, terbuka peluang menunaikan umrah dan haji tanpa perlu memikirkan hal kewangan. Lebih indah jika punya rezeki boleh melancong ke sana sini melihat ciptaan Tuhan dengan anak anak dan isteri.

Jadi buat lelaki kaki lepak warung kat luar sana berfikirlah tentang masa depan. Jangan ingat korang lepak warung hari hari sembang pong pang pong pang hisap rokok bagai korang lelaki sejati. Sedar atau tidak korang telah mengabaikan amanah. Keluarga itu amanah. Mengabaikan amanah itu berdosa. 

Maka jadilah lelaki sejati. Lelaki yang tahu, mahu dan mampu menggalas tanggungjawab dengan baik. InsyaAllah besar ganjarannya.

ps dah macam gender racist plak post ni. Zzz